Ahad, 30 Jun 2013

KEJOHANAN TAEKWONDO TERBUKA PIALA DATUK BANDAR IPOH



AKTIVITI : KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN TERBUKA PIALA DATUK


BANDAR IPOH SEMPENA DENGAN ULANGTAHUN BANDARAYA


IPOH KE-25, 2013
TARIKH : 28 JUN 2013 - 30 JUN 2013
TEMPAT : AGROMALL MYDIN RTC GOPENG, SIMPANG PULAI, PERAK
PENYERTAAN : 7 PESERTA

 
Selepas beberapa kali diuji pada kejohanan dalam negeri, kini atlet-atlet kelab dibawa keluar dari negeri Pulau Pinang untuk diuji kemahiran mereka pada kejohanan yang melibatkan atlet-atlet dari beberapa buah negeri dari seluruh Malaysia.

Seramai 7 atlet dipilih untuk membawa bendera kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) ke Perak untuk kejohanan ini. Beberapa atlet dilihat amat menyerlah dan ada juga yang masih perlu gagal menunjukkan prestasi yang baik. Walaubagaimanapun kejohanan ini adalah sebagai suatu titik mula bagi pasukan ini bagi menyiapkan diri untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan datang. Kesemua mereka berjaya membawa pulang pingat kecuali Muhammad Hakimi yang kalah pada saat-saat akhir pusingan kedua. Namun, prestasi yang ditunjukkan oleh beliau amat membanggakan. Berikut adalah senarai nama Pegawai dan atlet-atlet yang terlibat dan keputusan kejohanan:

Pegawai:


Pengurus Pasukan : En. Zainuddin Bin Mohamed
Jurulatih 1 :  En. Mathavan a/l Thannimalai
Jurulatih 2 : En. Qabil Adam Bin Ismail

Peserta:

LELAKI (9 - 11 TAHUN)



Nama
Kategori Berat Pingat
Sarivin a/l Ravisangar Fly 25.1 - 28 kg Perak
Muhammad Auzraien Rusydi Bin Mohammed Afamoy : Bantam 28.1 - 31 kg Perak





LELAKI (12 - 14 TAHUN)



Nama
Kategori Berat Pingat
Muhamad Hakimi Bin Rosli Fin Bawah 33 Kg Tiada
Reevinsingam a/l Puvanesingam : Fly 33.1 - 37 kg Gangsa





LELAKI (15 - 17 TAHUN)



Nama
Kategori Berat Pingat
Muhammad Asyraf Arif Bin Sabri Fin Bawah 45 Kg Gangsa





LELAKI (18 TAHUN KE ATAS)



Nama
Kategori Pingat
Yagheeshingam a/l Puvanesingam Bawah 68 Kg Gangsa
Muhammad Asyraf Bin Qabil Adam : Atas 80 Kg Gangsa


                                 Peserta Yang Bertanding Pada Hari Pertama


                                     Peserta Kategori 18 Tahun ke Atas
                          Yagheeshingam (kiri) & Muhammad Asyraf (kanan)





                                          Peserta Kategori 9 - 11 Tahun
                             Muhammad Auzraien Rusydi (kiri) & Sarivin (kanan)




                                   Peserta Yang Bertanding Pada Hari Kedua
      Muhammad Asyraf Arif (kiri), Muhammad Hakimi (Tengah) Reviinsingam(kanan)

                                         Pemenang Pingat Pada Hari Kedua




                         

Khamis, 20 Jun 2013

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG "GRADING" - KONDO MUTIARA




AKTIVITI : UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG
TARIKH : 20 JUN 2013
HARI : KHAMIS
WAKTU : 8.30 MALAM - 9.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN KONDO MUTIARA, BANDAR PERDA


Seramai 30 peserta terlibat pada ujian kali ini. Ujian sepatutnya diadakan pada 13 Jun 2013 tetapi terpaksa ditunda ke 20 Jun 2013 disebabkan ribut serta angin kuat yang melanda beberapa daerah di Negeri Pulau Pinang. 

Peserta terdiri daripada tali pinggang putih, kuning dan hijau.  Buat pertama kali peserta dari Kolej Komuniti Nibong Tebal mengambil ujian selepas kelas di kolej tersebut bermula pada tahun ini.

Master Rajaderan a/l Rengasamy selaku Pemeriksa bertauliah dari Taekwondo Malaysia (WTF) telah dijemput untuk mengendalikan ujian kenaikan pada kali ini. Pihak Kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kerjasama serta sokongan yang diberikan beliau.

Kesemua peserta yang terlibat LULUS pada ujian kenaikan tali pinggang ini. TAHNIAH...


                                                  Peserta Yang Mengambil Bahagian




 Peserta Kolej Komuniti Nibong Tebal






 Pemeriksa memberikan komen-komen yang perlu selepas ujian selesai






Sabtu, 15 Jun 2013

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG "GRADING" - SMK BAKTI




AKTIVITI : UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG
TARIKH : 15 JUN 2013
HARI : SABTU
WAKTU : 9.00 PAGI - 10.30 PAGI
TEMPAT : SMK BAKTI, TASEK GELUGOR

Seramai 30 peserta terlibat pada ujian kali ini. Peserta terdiri daripada tali pinggang putih, kuning, hijau, biru dan merah. 

Master Rajaderan a/l Rengasamy selaku Pemeriksa bertauliah dari Taekwondo Malaysia (WTF) telah dijemput untuk mengendalikan ujian kenaikan pada kali ini. Pihak Kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kerjasama serta sokongan yang diberikan beliau.

Muhammad Hakimi Bin Rosli telah dipilih sebagai peserta terbaik ujian kali ini. Seperti yang dijanjikan, peserta yang terpilih akan diserahkan kembali yuran ujian sebanyak RM 40.00. Ini bermakna beliau telah menduduki ujian secara PERCUMA... Pemberian ini adalah satu penghargaan kepada peserta yang menunjukkan prestasi yang terbaik semasa sesi ujian. Ini juga dapat memberi cabaran kepada peserta-peserta untuk bersaing sesama sendiri untuk terpilih sebagai peserta yang terbaik. Selain penyerahan kembali yuran ujian, peserta yang terpilih akan diberikan sijil penghargaan.

Pihak kelab percaya, tiada kelab di negeri Pulau Pinang mahupun negeri-negeri lain yang melaksanakan plan seperi ini. Pihak kelab berharap dengan cara ini, peserta yang lebih berkualiti dapat dlahirkan pada setiap sesi ujian.

Kesemua peserta yang terlibat LULUS pada ujian kenaikan tali pinggang ini. TAHNIAH...




                                               Pergerakan Asas Tendangan "Turning Kick"



                                                                 "Three Step Sparring"

Peserta Berumur 8 - 9 Tahun Juga Mampu Menguasai Pergerakan




Pergerakan Asas Tali Pinggang Hijau "Elbow"



"
"Two Step Sparring"

                                                          Gerakan Asas Tali Pinggang Biru










                                                                 "One Step Sparring"


               Diantara Ujian Kecegasan Bagi Peserta Yang Mengambil "Black Belt"

Jurulatih Menunjukkan Cara Yang Betul Untuk Bahagian Pecahan Papan






          Kelihatan Pemeriksa Memberi Komen Berkenaan Tendanagan Kepada Peserta



                   Peserta Kelihatan Memberi Tumpuan Kepada Nasihat Yang Diberi

              Jurulatih Juga Tidak Ketinggalan Memberikan Komen-Komen Yang Membina

 
Jurulatih Memperkenalkan Master Rajaderan a/l Rengasamy Kepada Peserta


Muhammad Hakimi Bin Rosli (Peserta Terbaik)