Ahad, 3 Mac 2013

8TH NESTLE KOKO KRUNCH JUNIOR TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2013
(NORTHERN ZONE)

AKTIVITI : 8TH NESTLE KOKO KRUNCH JUNIOR TAEKWONDO CHAMPIONSHIP


2013 (NORTHERN ZONE)
TARIKH : 3 MAC 2013
TEMPAT : INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS
PENYERTAAN : 13 PESERTA




Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) berjaya memberi saingan yang baik sepanjang kejohanan. Atlet-atlet juga kelihatan lebih bersedia dan bersemangat pada kejohanan kali ini berbanding kejohanan-kejohanan yang lepas. Ini menunjukkan usaha serta program latihan yang dijalankan selama 1 tahun memberi kesan yang amat positif.

Seramai 13 peserta diketengahkan pada kejohanan tahun ini dan 4 pingat gangsa diperolehi. Rekod 4 pingat gangsa ini telah meletakkan kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) mendahului beberapa kelab di Negeri Pulau Pinang. Walaupun kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) baru berusia 1 tahun 4 bulan selepas penubuhannya diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan pada 8 November 2011, kelab ini telah menunjukkan satu perkembangan yang amat baik.

Latihan serta program-program yang mantap akan terus diteruskan bagi memastikan keputusan yang lebih baik pada kejohanan-kejohanan yang akan datang. Selaku Ketua Jurulatih saya ingin mengajak ibu bapa / waris serta pihak sekolah untuk terus memberi sokongan kepada pihak kelab agar lebih ramai pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dengan latihan sukan Taekwondo...


SARIVIN A/L RAVISANGAR (GANGSA)

MUHAMAD AUZRAIEN BIN RUSYDI (GANGSA)

 MUHAMAD AIMAN FARHAN BIN MUHAMAD FAUZI (GANGSA)

SAHTISKUMAR A/L GUNASEELAN (GANGSA)

Ketua Jurulatih Kelab Taekwondo A&Z memakai jaket baru kelihatan 
sedang memantau prestasi atlet-atlet yang sedang bertanding.