AKTIVITI | : | UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG |
TARIKH | : | 15 JUN 2013 |
HARI | : | SABTU |
WAKTU | : | 9.00 PAGI - 10.30 PAGI |
TEMPAT | : | SMK BAKTI, TASEK GELUGOR |
Seramai 30 peserta terlibat pada ujian kali ini. Peserta terdiri daripada tali pinggang putih, kuning, hijau, biru dan merah.
Master Rajaderan a/l Rengasamy selaku Pemeriksa bertauliah dari Taekwondo Malaysia (WTF) telah dijemput untuk mengendalikan ujian kenaikan pada kali ini. Pihak Kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kerjasama serta sokongan yang diberikan beliau.
Muhammad Hakimi Bin Rosli telah dipilih sebagai peserta terbaik ujian kali ini. Seperti yang dijanjikan, peserta yang terpilih akan diserahkan kembali yuran ujian sebanyak RM 40.00. Ini bermakna beliau telah menduduki ujian secara PERCUMA... Pemberian ini adalah satu penghargaan kepada peserta yang menunjukkan prestasi yang terbaik semasa sesi ujian. Ini juga dapat memberi cabaran kepada peserta-peserta untuk bersaing sesama sendiri untuk terpilih sebagai peserta yang terbaik. Selain penyerahan kembali yuran ujian, peserta yang terpilih akan diberikan sijil penghargaan.
Pihak kelab percaya, tiada kelab di negeri Pulau Pinang mahupun negeri-negeri lain yang melaksanakan plan seperi ini. Pihak kelab berharap dengan cara ini, peserta yang lebih berkualiti dapat dlahirkan pada setiap sesi ujian.
Kesemua peserta yang terlibat LULUS pada ujian kenaikan tali pinggang ini. TAHNIAH...
Pergerakan Asas Tendangan "Turning Kick"
Peserta Berumur 8 - 9 Tahun Juga Mampu Menguasai Pergerakan
Pergerakan Asas Tali Pinggang Hijau "Elbow"
"Two Step Sparring"
"One Step Sparring"
Diantara Ujian Kecegasan Bagi Peserta Yang Mengambil "Black Belt"
Jurulatih Menunjukkan Cara Yang Betul Untuk Bahagian Pecahan Papan
Kelihatan Pemeriksa Memberi Komen Berkenaan Tendanagan Kepada Peserta
Peserta Kelihatan Memberi Tumpuan Kepada Nasihat Yang Diberi
Jurulatih Memperkenalkan Master Rajaderan a/l Rengasamy Kepada Peserta