MAKLUMAT SEMASA

JADUAL SISTEM MARKAH PENGLIBATAN AHLI

SESI 2013

Pihak Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) buat pertama kalinya memperkenalkan sistem pemarkahan sebagai salah satu kaedah mendisplinkan ahli serta menggalakkan ahli untuk bersaing sesama mereka untuk menjadi ahli yang berjaya mengumpul markah tertinggi. Pihak kelab amat berharap agar sistem ini akan dapat melahirkan atlet yang lebih berjaya dan yang paling penting ialah menjadi ahli yang berdisiplin serta berdaya saing.

Ahli yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi akan diberikan penganugerahan pada Hari Anugerah Tahun 2014. Pihak kelab juga merasakan mereka yang telah memberi komitmen di dalam sukan Taekwondo ini sepatutnya diberi penganugerahan sebagai penghargaan di atas usaha mereka. Pihak kelab merasakan Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) merupakan kelab pertama yang memperkenalkan sistem ini di Negeri Pulau Pinang. 

Sebagai kelab yang melihat kepada pembangunan sukan, pihak kelab akan terus membuat penambahbaikan di dalam sistem pengurusan untuk memastikan atlet serta ahli yang lahir dari Kelab Taekwondo A&Z merupakan ahli yang berkualiti dan mempu memberi sumbangan pada masyarakat dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan