AKTIVITI | : | TAKLIMAT BLACK BELT 2014 |
TARIKH | : | 26 JANUARI 2014 |
HARI | : | AHAD |
WAKTU | : | 10.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI |
TEMPAT | : | DEWAN ORANG RAMAI SHAHBANDAR, BERTAM PERDANA 3 |
Buat pertama kalinya Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) mengadakan taklimat serta perjumpaan rasmi black belt. Pemegang tali pinggang merah juga dijemput untuk hadir bersama-sama bagi tujuan pendedahan awal. Peserta didedahkan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan BLACK BELT serta KEJURULATIHAN.
Melalui taklimat ini, Ketua Jurulatih Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) secara rasmi telah meluluskan penubuhan KELAB BLACK BELT A&Z. Bagi memastikan Kelab Black Belt ini bergerak dengan baik Ketua Jurulatih telah melantik EN.MATHAVAN A/L THANNIMALAI (3rd DAN Black Belt) sebagai Pengerusi Kelab manakala EN. ZAINUDDIN BIN MOHAMED, Ketua Jurulatih bertindak sebagai Penasihat Kelab Black Belt A&Z.
Perlantikan EN. MATHAVAN A/L THANNIMALAI selaku Penegrusi adalah kerana beliau merupakan pemegang DAN tertinggi dikalangan ahli yang lain. Kini tugas untuk membangunkan serta menjayakan Kelab Black Belt akan digalas oleh Pengerusi yang telah dilantik. Perlantikan bagi jawatan-jawatan lain akan dibuat pada perjumpaan seterusnya.
Peserta Taklimat Black Belt 2014
OBJEKTIF PENUBUHAN:
Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan black belt.
Untuk mengawal serta mempertingkatkan kualiti Black Belt di dalam semua aspek bagi melahirkan black belt yang mampu membantu pembangunan atlet diperingkat kelab.
FUNGSI PENUBUHAN:
Merancang serta mengendali seminar atau program-program untuk Black Belt.
Sebagai tulang belakang kelab di dalam mengurus serta memantau prestasi pelajar-pelajar.
Mengekalkan hubungan baik diantara Black Belt, Jurulatih, serta AJK Induk Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF).
Membantu AJK Induk di dalam pembangunan sukan di peringkat kelab.
Menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan Black Belt berlandaskan perlembagaan serta polisi kelab.
Berikut adalah senarai AHLI AKTIF & AHLI TIDAK AKTIF (dikemaskini pada 26/01/14):
Tiada ulasan:
Catat Ulasan